Hamba..

On: Wednesday 15 July 2009

Masjid Kapit


Bagaimanakah seharusnya penerusan tarbiyah dapat dipastikan terus terbina dalam diri hamba dan keluarga...? Tika hamba yang masih terkapai-kapai dalam medan tarbiyah kemudian ditambahi pula satu pengijazahan oleh Allah SWT iaitu "mitsaqan ghaliza" (perjanjian yang kuat dan sangat berat). Dimanakah harus hamba memulakan langkahnya..mengemudi jentera yang tidak dapat dipastikan berapa baki bekalan minyaknya untuk meneruskan perjalanan yang lebih panjang, lebih mencabar dan lebih dramatik ini.

Berada dalam bi'ah solehah, suasana dakwah & tarbiyah, suasana kerja dakwah bertimbun, suasana di IPT, adalah sama sekali tidak dapat disamakan dengan suasana gersang di lembah minoriti. Tika kerja-kerja dakwah bersusun di hadapan, pelbagai ungkapan gencarkan dakwah didengari dan dilontari. Namun suasana di lembah tidak sama sekali seperti apa yang dirasakan. Menyambungkan rantai-rantai dakwah yang telah ditancapkan batu asasnya adalah tidak sama dengan pembina/pemula binaan batu asas. Apalagi di saat kekurangan tenaga-tenaga yang mempunyai kehendak/kefahaman yang sama.

Nah....

"Jika.... kalau...tapi...bla..bla.." dan alasan-alasan picisan ini sebenarnya terhasil daripada bisikan syaitan yang cuba merenggut keimanan hamba. Fahamilah..mengertilah.. bahawa tarbiyah..dakwah..iman..amal..kekuatan untuk beramal.... semuanya adalah penyusunan ALlah SWT... setinggi dan sejauh manapun jarak hamba..menggunung manapun masalah yang dihadapi hamba.... diri hamba perlu kembali kepada Allah SWT.. perlu merujuk permasalahan kepada ALlah SWT kerana Allah lah yang memegang dunia dan seluruh hati manusia.

Pergantungan pada Allah SWT, takut pada Allah, harap pada Allah SWT, kerendahan pada Allah SWT, tangisan munajat pada Allah SWT, hubungan hati dengan Allah SWT.. merupakan inti untuk menghadapi pelbagai mehnah dan rencam kehidupan yang bakal dilalui... Menenggelamkan segala macam alasan-alasan yang bermain di benak hamba.

0 comments on "Hamba.."