Archives for May 2008

Taubat Nasuha..

On: Saturday 31 May 2008

Firman Allah SWT:"Dan sesungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh serta sentiasa tetap di jalan yang benar." (Taha: 82)

Pernahkah terfikir lalu bertanya diri berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan? Dan pernahkah rasa mahu bertaubat timbul setelah terlibat dalam dosa-dosa itu? Ataukah hingga ke waktu dan ke saat ini, kita masih lemas tenggelam dalam lautan dosa-dosa yang bakal menghumban kita ke kawah neraka? Wal'iyazubillah! !

Bukankah di kalangan masyarakat sekeliling kita sememang ada ramai orang yang sudah terlajak membunuh orang, terlanjur bersekedudukan dan berzina, sumbang mahram, ketagihan judi, rasuah dan riba, tak habis-habis berhasad dengki dan bermusuhan, menderhakai ibu bapa dan yang paling berat adalah syirik. Itulah dosa yang paling besar di sisi Allah s.w.t., sehingga tiada lagi pengampunan terhadapnya.

Dosa-dosa tersebut bukan sahaja berlaku sekali, bahkan berkali-kali banyaknya hinggakan sesuatu dosa itu tidak dirasai dosa lagi. Memang benar, orang fasik itu, sebesar mana pun dosa yang dilakukannya, tidak lebih dirasakan bagaikan lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

Bagaimana kalau Malaikul Maut datang menjemput kita dalam keadaan diri masih berselaput dosa-dosa besar itu tanpa sempat bertaubat dan berhijrah kepada Allah Taala? Apakah kenikmatan syurgawi dapat dirangkul dalam pada diri langsung tidak pernah bersedia untuknya?Bahkan tiada sekelumit pun rasa rindu yang bertandang di dalam jiwa untuk bermastautin di dalamnya.

Tiada jalan lain ke sana. Melainkan taubat menjadi langkah permulaannya. Dosa sifatnya menafikan keimanan dan ketakwaan. Iman yang dimiliki sebanyak mana pun pasti akan lenyap dan hilang keseluruhannya bilamana dosa dilakukan secara muwalat yakni berterusan. Maka, sayangilah `iman' kita, lebih dari sayang kita terhadap tubuh lahir kita, rumah mewah kita, kereta mahal kita, pengaruh dan pangkat kita. Semua itu tidak membawa makna apa-apa di sisi Allah Yang Esa andai iman tidak menjadi usaha dan agenda.

Firman Allah s.w.t.: "Dan, orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (untuk membunuhnya) kecuali (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosanya, (iaitu) akan dilipatgandakan pada hari kiamat dan ia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Furqan: 68-70)

Ingat, al-Quran telah menjelaskan bahawa iman hanya akan ada, utuh serta terpelihara apabila taubat dilakukan secara penuh sedar, insaf dan istiqamah. Tapak iman dan amal soleh hanya akan benar-benar kukuh bilamana tapak taubat dibangunkan sebagai usaha mula.

Firman Allah s.w.t.:"Adapun orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, semoga dia termasuk di kalangan orang-orang yang beroleh keberuntungan. " (Al-Qasas: 67)

Firman Allah lagi:"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelik perangai), yang mengabaikan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itulah orang yang akan masuk ke dalam syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikit pun." (Maryam: 59-60)

Demikian juga dengan firman Allah taala yang berikut:"Dan sesungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh serta sentiasa tetap di jalan yang benar." (Taha: 82)

Agak-agak kita, apakah rahsia didatang atau didahulukan ungkapan iman setelah diungkapkan perkataan taubat? Hebat sungguh cara al-Quran mendidik kita. Ia memberitahu kita betapa keimanan itu menjadi `koyak rabak' saat mana manusia melakukan dosa-dosa besar baik dengan Allah ataupun dengan sesama manuusia. Dosa-dosa besar itu bagaikan dikata, ia menafikan keimanan di jiwa.

Perkara ini diungkapkan secara jelas di dalam hadis Nabi s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:"Seorang penzina tidak akan berzina dalam keadaan dia beriman. Seorang peminum tidak akan minum arak dalam keadaan dirinya beriman dan seorang pencuri tidak akan mencuri dalam keadaan dirinya beriman."

Berdasarkan ayat-ayat dan hadis di atas, kesimpulan dapat kita buat iaitu taubat adalah satu proses pembinaan semula atau pembaikan terhadap struktur pembinaan iman. Maka, jadikanlah iman sebagai agenda di dalam segenap dasar kita sama ada dalam dasar kepimpinan, pembangunan, kemajuan, pendidikan, perhubungan, pergaulan, kemasyarakatan, berjual beli, berhibur dan sebagainya. Barulah rahmat Allah benar-benar akan melimpahi hidup kita.

Tangisan Umat..

Sememangnya... jika kita melihat manusia hari ini dengan kaca mata iman.. pasti akan berderai air mata membasahi pipi2 insan yang dekat dengan Allah... air mata yang berderai itu adalah lebih mahal daripada seluruh harta kekayaan yang ada di atas muka bumi ini... airmata yang melambangkan masih ada cebisan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya yang setiap hari bertarung dengan suasana kemungkaran dan panggil2lan syahwat di sekelilingnya...

Sememangnya... air mataku akan berderai... tika saat.. aku melihat..manusia yang diharapkan dapat dan ingin membawa perubahan dalam kebobrokan masyarakat hari ini turut tenggelam dalam noda dosa dan maksiat.. hati dan jiwaku bergetar melihatnya dengan rintihan agar umat ini kembali menyedari tugas dan hakikat penciptaan mereka...

Hati yang kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa diri terperosok ke sebuah lembah yang dipenuhi najis2 tanpa disedarinya..Hati setiap hari dinodai dengan titik2 hitam sehingga apa yang kelihatan hanyalah seketul arang yang apabila disentuh maka kotoran hitam itu terlekat di tangan dan mungkin juga ke seluruh badan.

Kegersangan keimanan pada Ilahi merupakan faktor utama umat kini makin jauh dari Allah.. Umat kini sudah tidak bermaya akibat hati2 yang kehitaman ini tidak diubat dengan zikrullah, tilawatul quran...dan deraian air mata takutkan kepada pencipta alam maya...

Kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa seseorang insan sangat berat untuk melakukan amal2 saleh dan kebajikan.. malahan hati2 yang kegersangan iman ini akan membuat onar dalam kehidupan bekerluarga dan masyarakat..

dari mata turunnya ke hati... mata yang diharapkan sebagai organ ciptaan Ilahi untuk mengeluarkan air mata sebagai tanda takutkan Ilahi telah disilapguna sewenang2nya untuk terus bermaksiat kepada Allah SWT...

Perlakuan dosa dan maksiat yang berterusan menandakan di dalam diri kita ini masih kotor dan berkarat.. menandakan juga Allah SWT tidak menerima dan mengabulkan doa keampunan dalam ramadhan kita yanglepas...

Ya Allah.. kurniakanlah diriku sebagai seorang insan yang dapat melihat segala kejadian alam dengan mata hati yang bersih....

Ayuhlah wahai sahabat2ku, bangkitlah.. sibukkan diri kita dengan aktiviti DnT setiap hari.. jika tidak.. jahiliyyah akan menyelinap diruang2 masa lapang kita.. lantas penyesalan demi penyesalan yangtidak berkesudahan bakal kita terima di akhirat...

Masa muda kita tidak panjang.. tika usia emas.. sudah banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan...

MINI HALUAN TUISYEN CENTRE - MHTC

On: Thursday 29 May 2008

Hari ini, isu berkaitan kecemerlangan pendidikan anak-anak telah menjadi agenda utama negara dan setiap ibubapa. Kecemerlangan yang diinginkan tentulah merangkumi kecemerlangan dari sudut akademik dan kecemerlangan dari sudut akhlak/sahsiah pelajar.

Ini kerana anak-anak yang soleh/solehah adalah harta yang tidak ternilai bagi ibubapa kerana ianya merupakan bekalan di alam akhirat nanti.

Sehubungan dengan itu, HALUAN telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Pusat Tuisyen yang merangkumi program bersepadu (akademik & akhlak) bagi membantu melahirkan anak-anak yang soleh/solehah ini.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bergandingan tangan dalam menjayakan usaha yang kecil ini untuk manfaat bersama kearah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.