Memelihara Kurniaan Hidayah

On: Sunday 27 September 2009

Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa bernilainya nikmat iman. Bahkan tiada yang senilai dengannya daripada seluruh isi dunia ini. Hanya dengan berbekal keyakinan awal ini, kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati. InsyaAllah...

Hidayah bermaksud petunjuk jalan. Hidayah adalah peta petunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah. Allah adalah zat yang maha memberi petunjuk. Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahNya iaitu al-Hadi, bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar. Allah memberikan taufik kepada hamba-hambanya yang taat lagi soleh dan membimbing mereka ke jalan yang benar.

0 comments on "Memelihara Kurniaan Hidayah"