Archives for August 2008

Allahumma Ballighna Ramadhan...

On: Friday 15 August 2008

Bismilahirahmanirahim..
Puja puji hanyasanya milik Allah SWT,
Pencipta Sekalian Alam..

Subhanallah... Ramadhan kian menjemputku untuk memasuki pintu gerbangnya.. kini telah suram-suram kelihatan pintu gerbangnya yang tersergam indah dan syahdu.. Ya Allah... Dimanakah aku tika ini Ya Allah.. Allahumma Ballighna Ramadhan...

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan (At-Tabrani dan Ahmad)

Betapa besar kurniaan Allah SWT kepada kita di dalam bulan ramadhan.. Dimana Rasulullah telah mengajarkan kita untuk berdoa agar kita dihidupkan sehingga bulan ramadhan.. supaya setiap masa dan keadaan ramadhan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. Subhanallah..

Ramadhan yang lepas telah meninggalkan kita... dan kini kita berhadapan dengan Ramadhan yang baru... Subhanallah.. Adakah tidak cukup untuk kita menjadikan pengajaran bagaimana air mata keinsafan dan taubat pada Ramadhan yang lepas masih belum berjaya mengikis rawasib-rawasib jahiliyah yang berselindung di hati... Seolah-olah Allah SWT tidak menerima Ramadhan kita yang lepas... Seolah-olah hasil Tarbiyah Madrasah Ramadhan yang lepas tidak berjaya membentuk jiwa mukmin yang baru di dalam diri...Subhanallah.. Bantulah hambaMu ini Ya Rabbi...

Bagi para daie ilallah, sememangnya Ramadhan menjadi bulan yang begitu dinanti-nantikan dan dirindui.. Ramadhan merupakan bulan yang digandakan segala amalan. Bayangkan.. Amalan yang sunat dikira sebagai amalan wajib oleh Allah SWT.. Yang wajib digandakan sehingga 70 kali lipat. Subhanallah.. Begitu juga dengan amal da'wah untuk mengajak manusia kepada Allah SWT.

Persediaan dan perancangan perlulah dilakukan untuk kita memaksimumkan segala peluang di bulan Ramadhan ini. Antara persiapan yang dilakukan ialah:

1) Memahirkan diri dengan segala rukun,sunat,harus,makruh yang berkaitan dengan puasa di bulan Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

2) Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajjud, untuk mendekatkan diri pada Allah, dan membiasakan tahajjud di bulan Ramadhan dan menjadi amalan sepanjang tahun.

3) Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang telah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

4) Strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran. Pada bulan ini kita mempunyai kelebihan kerana musuh ketat manusia telah di rantai, sebagaimana sabda Rasulullah saw dari Abu Hurairah; yang bermaksud;

Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
(riwayat Muslim)

5) Melatih diri semua sifat Islamiah seperti sabar, kurang bercakap lagha dan keji, menjauhi mengumpat dan mengata, dan perbanyakkan senyuman kepada semua sahabat.

Jadi sahabat sekalian, sematkan azam masing-masing untuk kita memperbanyakkan amalan fardhi dan amalan dakwah di bulan mulia yang bakal tiba tidak lama lagi.. Persiapkan diri dari sekrang... Wassalam