Membina pelapis-pelapis generasi rabbani....
Archives for July 2008
KTD Medan Tempurku..
On: Tuesday 22 July 2008
Membina pelapis-pelapis generasi rabbani....
Taman Orang-orang Soleh - Istikharah
On: Sunday 13 July 2008
Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita cara melakukan shalat istikharah - yakni mohon pilihan kepada Allah, mana yang terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara - dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau s.a.w. mengajarkan surat dari al-Quran. Beliau s.a.w. bersabda:
"Jikalau seseorang dari engkau semua berkehendak pada sesuatu perkara, maka hendaklah shalat dua rakaat yang tidak termasuk shalat fardhu, kemudian ucapkanlah - yang artinya: Ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan - untuk mendapatkan yang terbaik antara dua atau beberapa perkara - dengan kekuasaanMu, juga saya mohon kepadaMu akan keutamaanMu yang agung, karena sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa-apa, juga Engkau adalah Maha Mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui segala sesuatu yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahwa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau beliau s.a.w. menyabdakan: baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu. Tetapi jikalau Engkau mengetahui bahwa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau beliau s.a.w. menyabdakan: baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka belokkanlah itu dari diriku dan belokkanlah aku daripadanya, lalu takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana saja adanya kebaikan itu dan seterusnya berikanlah keridhaan padaku dengan melakukan yang baik tadi."
Beliau s.a.w. bersabda: "Dan orang yang melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa yang menjadi hajat keperluannya."
(Riwayat Bukhari)
[Riyadhus Shalihin – Taman Orang-orang Shalih, Imam Nawawi]
Petua Menguatkan Ingatan
On: Wednesday 9 July 2008
Assalamualaikum Akhi ,
Nie ana ambil sedikit dari internet dan ditambah dengan apa yang ana tahu,insyaallah berguna untuk menguatkan ingatan kite.Ana pun sama juga,saudaraku:
1. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.Apabila kita baca Al-Quran,kita membaca sebagai nak mengetahui mana arahan-arahan dan kehendak-kehendak Allah SWT utk kita amalkan.Kerinduan kita utk mengetahuinya selalu adalah dgn membacanya selalu.
2. Rajin Membaca
Amalan rajin membaca buku,majalah dan bahan2 yang bermutu dan berfaedah dapat menguatkan daya ingatan.Berbeza stamina ingatan daripada orang biasa.Sebab akal seorang yang suka membaca tadi sentiasa berjalan dan aktif sentiasa.Satu lagi untungnya orang yang suka membaca ni, dia telah mendahului umurnya sendiri.Bayangkan satu buku itu melambangkan suatu masa,pengalaman,buah fikiran dan ilmu yang dicurahkan penulisnya.Lebih-lebih lagi dengan buku fikrah karangan ulamak muktabar yang merupakan luahan isi hati,fikiran,ilmu dan pengalaman mereka yang penuh keberkatan buat generasi seterusnya.
3. Pengulangan Sentiasa
Dengan minat yang mendalam terhadap suatu ilmu dan perkara kita biasanya akan selalu mengulanginya berkali-kali.Ini akan mengingatkan kita.Tak semestinya kena hafal.Ini boleh menjaga ingatan kita ,insyaallah.Sama macam hafazan juga,aktiviti pengulangan ketika menghafaz Al-Quran misalnya tidak berlaku hanya 3 hingga 5 kali sahaja, tapi utk lebih baik ia berlaku sehingga 20 hingga 30 kali.Kita boleh gunakan cara nie dalam bidang yang lain juga.
4. Belajar Sesuatu yang Baru
Sama-sama kita aktifkan pemikiran kita dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar Bahasa Arab, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
5. Serius Dalam Pembacaan dan Penelitian
Keseriusan lahir apabila kita sedar dan faham tentang kepentingan sesuatu perkara.Tapi tak lah menghilangkan keceriaan suasana tu.Apabila kita serius dalam perkara penting,kita akan sensitif dan insyaallah maklumat tentangnya kita akan ingat.
6. Bayangkan Ketika Membaca Sirah Nabawiyah dan Para Sahabat, Kita Sedang Hidup Di Dalamnya Dan Menyaksikan Sendiri Setiap Peristiwa Di Dalamnya.Cuba kita rasai apa yang dialami Rasulullah dan para sahabat.10 sahabat yang dijamin Syurga,Isteri,anak-anak dan pembantu Baginda,Muhajirin dan Ansar.Cuba sebut nama mereka satu persatu.Cuba lihat pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalamnya yang amat-amat berguna buat kita.Perasaan kita memainkan peranan penting juga dalam mengingatkan suatu sirah dan kisah.
7. Kita tenangkan fikiran dan jiwa kita dengan melihat setiap ciptaan Allah SWT.Kita renung betapa seninya ciptaan Allah SWT.Betapa sempurnanya ciptaan-Nya tak ada sebarang kecacatan pun padanya.Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Perkasa.Kemudian bila dah fikiran dan hati mula tenang dan ceria ,kita sambung balik pembacaan atau hafalan kita.
8. Amalkan Tidur Yang Cukup
Tidur mesti pada waktu malam dan cukup.Nie hak badan kita untuk berehat supaya sihat dan ada tenaga untuk melaksana tugas kita sebagai hamba Allah SWT.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
9. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Sama-sama Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Selain itu amalkan pemakanan sihat yang dapat membekalkan makanan berzat dan berkhasiat bukan sahaja untuk kesihatan tubuh, malah juga untuk kesihatan minda. Amalkan makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma ,madu asli dan sebagainya yang diketahui mampu meningkatkan daya ingatan.
Petua-petua orang lama juga boleh diamalkan misalnya seperti jangan makan kepala ikan, jangan minum air yang di dalamnya ada semut, jangan melihat/menonton perkara-perkara yang tak sepatutnya dilihat dan macam-macam lagi.pasti ada sesuatu hikmah di sebaliknya.
SAMPAIKAN SALAM RINDU DARIPADA ANA BUAT SAHABAT2 DI SANA
WASSALAM
Dari Sahabat Mesir, Akhi Mus'ab
Sang Murabbi
Selayaknya bagi jiwa-jiwa yang menajamkan diri dalam jalan ini,
menjadikan dakwah sebagai laku utama,
Dialah Visi,
Dialah Misi,
Dialah Obsesi,
Dialah yang menggelayuti di setiap desak nafas,
Dialah yang menghantarkan jiwa-jiwa ini kepada Redha dan Maghfirah Tuhanya kelak…
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani
Penghargaan kepada Kumpulan Nasyid Izzatul Islam