Petua Menguatkan Ingatan

On: Wednesday 9 July 2008


Assalamualaikum Akhi ,

Nie ana ambil sedikit dari internet dan ditambah dengan apa yang ana tahu,insyaallah berguna untuk menguatkan ingatan kite.Ana pun sama juga,saudaraku:

1. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.Apabila kita baca Al-Quran,kita membaca sebagai nak mengetahui mana arahan-arahan dan kehendak-kehendak Allah SWT utk kita amalkan.Kerinduan kita utk mengetahuinya selalu adalah dgn membacanya selalu.

2. Rajin Membaca

Amalan rajin membaca buku,majalah dan bahan2 yang bermutu dan berfaedah dapat menguatkan daya ingatan.Berbeza stamina ingatan daripada orang biasa.Sebab akal seorang yang suka membaca tadi sentiasa berjalan dan aktif sentiasa.Satu lagi untungnya orang yang suka membaca ni, dia telah mendahului umurnya sendiri.Bayangkan satu buku itu melambangkan suatu masa,pengalaman,buah fikiran dan ilmu yang dicurahkan penulisnya.Lebih-lebih lagi dengan buku fikrah karangan ulamak muktabar yang merupakan luahan isi hati,fikiran,ilmu dan pengalaman mereka yang penuh keberkatan buat generasi seterusnya.

3. Pengulangan Sentiasa

Dengan minat yang mendalam terhadap suatu ilmu dan perkara kita biasanya akan selalu mengulanginya berkali-kali.Ini akan mengingatkan kita.Tak semestinya kena hafal.Ini boleh menjaga ingatan kita ,insyaallah.Sama macam hafazan juga,aktiviti pengulangan ketika menghafaz Al-Quran misalnya tidak berlaku hanya 3 hingga 5 kali sahaja, tapi utk lebih baik ia berlaku sehingga 20 hingga 30 kali.Kita boleh gunakan cara nie dalam bidang yang lain juga.

4. Belajar Sesuatu yang Baru
Sama-sama kita aktifkan pemikiran kita dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar Bahasa Arab, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

5. Serius Dalam Pembacaan dan Penelitian

Keseriusan lahir apabila kita sedar dan faham tentang kepentingan sesuatu perkara.Tapi tak lah menghilangkan keceriaan suasana tu.Apabila kita serius dalam perkara penting,kita akan sensitif dan insyaallah maklumat tentangnya kita akan ingat.

6. Bayangkan Ketika Membaca Sirah Nabawiyah dan Para Sahabat, Kita Sedang Hidup Di Dalamnya Dan Menyaksikan Sendiri Setiap Peristiwa Di Dalamnya.Cuba kita rasai apa yang dialami Rasulullah dan para sahabat.10 sahabat yang dijamin Syurga,Isteri,anak-anak dan pembantu Baginda,Muhajirin dan Ansar.Cuba sebut nama mereka satu persatu.Cuba lihat pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalamnya yang amat-amat berguna buat kita.Perasaan kita memainkan peranan penting juga dalam mengingatkan suatu sirah dan kisah.

7. Kita tenangkan fikiran dan jiwa kita dengan melihat setiap ciptaan Allah SWT.Kita renung betapa seninya ciptaan Allah SWT.Betapa sempurnanya ciptaan-Nya tak ada sebarang kecacatan pun padanya.Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Perkasa.Kemudian bila dah fikiran dan hati mula tenang dan ceria ,kita sambung balik pembacaan atau hafalan kita.


8. Amalkan Tidur Yang Cukup

Tidur mesti pada waktu malam dan cukup.Nie hak badan kita untuk berehat supaya sihat dan ada tenaga untuk melaksana tugas kita sebagai hamba Allah SWT.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

9. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Sama-sama Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Selain itu amalkan pemakanan sihat yang dapat membekalkan makanan berzat dan berkhasiat bukan sahaja untuk kesihatan tubuh, malah juga untuk kesihatan minda. Amalkan makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma ,madu asli dan sebagainya yang diketahui mampu meningkatkan daya ingatan.

Petua-petua orang lama juga boleh diamalkan misalnya seperti jangan makan kepala ikan, jangan minum air yang di dalamnya ada semut, jangan melihat/menonton perkara-perkara yang tak sepatutnya dilihat dan macam-macam lagi.pasti ada sesuatu hikmah di sebaliknya.

SAMPAIKAN SALAM RINDU DARIPADA ANA BUAT SAHABAT2 DI SANA

WASSALAM

Dari Sahabat Mesir, Akhi Mus'ab

1 comments on "Petua Menguatkan Ingatan"

nur hanani abdul halim said...

terima kasih