Internet dan impaknya kepada UMMAH

On: Thursday 6 November 2008

Bismillahirahmanirahim,
Puja-puji hanyasanya milik Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW tercinta dan para sahabat r.anhum.

Sahabat-sahabat sekalian, kini kita berada dalam era baru ketamadunan manusia iaitu ketamadunan MAYA yang terus berkembang dan berkembang mengarus, melaju melewati ruang-ruang masa.

Fakta menunjukkan pengguna internet seluruh dunia menjangkau sehingga 1.35 billion sehingga tahun 2007. Dunia blog, youtube, friendster, facebook bangkit menguasai dunia informasi tanpa sempadan sekaligus memberi Impak Maksima kepada Ummah pada hari ini. Kita dapat lihat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan daie-daie ICT yang mengambil langkah bijak membangunkan web dan blog yang mampu membangkitkan hati-hati yang terlena. Para ulama' juga tidak ketinggalan, menjadikan ruang MAYA ini medan mereka untuk mendekati ummah agar ummah terdidik dengan Islam sekaligus melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu. Dunia politik juga turut menunjukkan impak maksima daripada kemudahan ICT ini untuk menyebarkan berita-berita benar daripada kepalsuan berita-berita televisyen milik manusia berkepentingan. Di samping itu, pengguna juga dapat membeli pelbagai jenis barangan di supermarket maya di internet. Ianya memberikan ruang yang lebih luas bagi individu untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan jitu kerana informasi di hujung jari anda.

Sahabat-sahabat sekalian, namun dibalik tirai kemudahan dan keindahahan ICT ini, ada kembimbangan yang jelas kelihatan dari riak wajah ummah pada hari ini. Di Malaysia, dasar kerajaan kita yang membuka ruang seluas-luasnya bagi perkembangan ICT ini amat membimbangkan. Pembangunan demi pembangunan ICT dibangunluaskan tanpa mengambilkira ciri-ciri keselamatan yang perlu dipasang agar spesifikasi alat yang dipasang tersebut selamat untuk digunakan. Kini boleh dikatakan di setiap institusi kerajaan dan swasta dipasang dengan alat yang tidak dipasang spesifikasi keselamatan yang meyakinkan tapi diwar-warkan dan dihebohkan di seluruh planet kebaikannya dan usaha membangunkannya adalah amat membanggakan bahkan digelar negara maju dan moden.

Kini, teknologi wireless ibarat cendawan tumbuh dipasang di institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah-sekolah dan juga rumah persendirian. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, kereta yang dipandu tanpa ciri-ciri keselamatan yang meyakinkan, hanya bakal menunggu masa tamat tempoh hayat pemiliknya.

Laporan daripada rakan-rakan ana yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta sebagai maintanence IT menunjukkan gejala yang amat membimbangkan di kalangan pekerja-pekerjanya. Daripada laman-laman yang banyak dilawati oleh pekerja-pekerja tersebut adalah laman-laman yang menggugah keimanan dan merosakkan akal. Bayangkan jika fenomenana ini terus menerus berlarutan dan berjangkit kepada generasi demi generasi, apa yang akan berlaku kepada Ummah ini, apa yang akan berlaku kepada generasi harapan kita, apa yang akan berlaku kepada daie-daie ilallah yang juga merupakan pengguna alat yang tiada ciri-ciri keselamatan ini yang tidak terlepas daripada bisikan syaitan dengan keimanan yang ampuh. Budaya berhibur dan santai dengan menghabiskan banyak masa, pendek kata, membesar di hadapan PC bakal melahirkan generasi yang kaku fizikal dan akalnya.

http://www.krieyz.com/iprotectyou.html

wassalam
Mujaheedsoleh
k. trg

1 comments on "Internet dan impaknya kepada UMMAH"

izni said...

salam..kta spatutnya jgn tlalu mengikut perasaan dan prlu mngwal perasaan dgn baik..kta jga prlu bjak memilih blog yang dpt mmbri manfaat kpd kta..wassalam..