Lailatul Qadar

On: Thursday 18 September 2008

Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi mengatakan bahawa ia adalah malam kepada semua orang yang benar-benar inginkannya. Kata beliau: "Maka Malam al-Qadar ialah malam umum untuk semua yang menuntutnya, yang inginkan kebaikan dan ganjarannya, dan apa yang disisi Allah didalamnya, itu lah malam ibadat dan malam ta'at, dan Bersolat, Bertilawah, Berdo'a, Bersedekah, Menjalinkan perhubungan, Beramal Soleh, dan melakukan kebaikan-kebaikan."

Apakah yang harus kita lakukan. Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi menambah : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah: Bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail.

Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda: "Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan didalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi: "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar (Subuh) bagaikan ia berqiam sepenuh malam." (sumber yang sama)

Sheikh Atiyah Saqr berkata: "Hidupkannya dengan bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, beristigfar dan berdo'a dari terbenam matahari sehingga terbit fajar, dan hidupkan Ramadan dengan bersolat terawikh di dalamnya.

Sebuah riwayat yang mengatakan: "Barangsiapa yang bersolat Maghrib dan Isya' di hari akhir iaitu di malam Al-Qadar secara berjemaah, ia telah diberi keuntungan dari Lailatul Qadar". Berkata A'isyah .h "Ya Rasulullah diwaktu Lailatul Qadar, apakah yang harus aku katakan: Katakalah : "Ya Allah sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunkanlah ku."

Didalam hadis Ibnu Abbas bahawa turunnya malaikat itu, yang melalui mereka yang qiam/solat, duduk, bersolat, berzikir, berdo'a dan memohon ampun kepadanya, melainkan : orang mabuk arak, ibu bapa yang tidak bersyukur, memutuskan silatulrahim dan mereka yang selalu berbalah."

Kesimpulan Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang padanya Allah swt telah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah secara total (satu Al-Quran), kemudian diturunkan kepada Rasulullah saw peringkat demi peringkat selama 23 tahun. Dimalam ini jugalah Allah swt akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. Allah swt telah memuliakan malam ini dengan memberi Lailatul Qadar.

Ulama mengatakan amatlah rugi sekali sesiapa yang melepaskan peluang ini. Rasulullah saw merupakan manusia pertama diberi keistimewaan melihat peristiwa Lailatul Qadar. Ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai bila terjadinya malam tersebut, walau bagaimana pun ia merupakan satu motivasi kepada umat Islam agar beramal dari awal bulan puasa sehinggalah akhirnya. Malah digalakkan mempertingkatkan amalan-amalan mereka pada 10 Ramadan terakhir.

Lailatul Qadar adalah malam utama kepada Umat Muhammad saw sebagaimana Malam Isra' dan Mi'raj merupakan malam utama kepada Nabi saw. Semoga Allah menerima ibadat puasa. Insyaallah. Amin. wallau'alam.

Rujukan:
1. Tafsir Jalalain. Surah Al-Qadar. Al-Harf, 2002

2. Tafsir Ibnu Kathir. Surah Al-Qadar. Al-Harf, 2002

3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Maj'mu' Fawata .

4. Sheikh Muhammad Saleh Munajjid. IslamQA.

5. Sheikh Muhammad Mutawali Al-saya'rawi. Fatawa. Dar Al-Fatah Al-'Alam Al-Arabi, 2000. m.s. 91.

6. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Lailatul Qadar : Fadilat dan waktunya.

7. Sheikh Atiyah Saqr. Fadilat lailatul qadar dan khilaf ulama' mengenai waktunya.

8. Imam Al-Syaukani. Nailoor Authar - Juzu' 4. Maktabah Al-Iman, 1999. masa. 347.

9. Sheikh Abdul Khaliq Al-Sharrif. Alamat Lailatul Qadar.

10. Sheikh Ibnu Taimiyyah. Majmu' fatawa - Juzu' 25. Makkah : Pencetakan Al-Hukumah, 1989 masa 284,286.

0 comments on "Lailatul Qadar"