
Archives for December 2008
Salam ma'al hijrah
On: Sunday, 28 December 2008

Konklusi kehidupan..
On: Monday, 22 December 2008
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
tangisan umat...
On: Saturday, 20 December 2008
Sememangnya... air mataku akan berderai... tika saat.. aku melihat..manusia yang diharapkan dapat dan ingin membawa perubahan dalam kebobrokan masyarakat hari ini turut tenggelam dalam noda dosa dan maksiat.. hati dan jiwaku bergetar melihatnya dengan rintihan agar umat ini kembali menyedari tugas dan hakikat penciptaan mereka...
Hati yang kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa diri terperosok ke sebuah lembah yang dipenuhi najis2 tanpa disedarinya..Hati setiap hari dinodai dengan titik2 hitam sehingga apa yang kelihatan hanyalah seketul arang yang apabila disentuh maka kotoran hitam itu terlekat di tangan dan mungkin juga ke seluruh badan.
Kegersangan keimanan pada Ilahi merupakan faktor utama umat kini makin jauh dari Allah.. Umat kini sudah tidak bermaya akibat hati2 yang kehitaman ini tidak diubat dengan zikrullah, tilawatul quran...dan deraian air mata takutkan kepada pencipta alam maya...
Kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa seseorang insan sangat berat untuk melakukan amal2 saleh dan kebajikan.. malahan hati2 yang kegersangan iman ini akan membuat onar dalam kehidupan bekerluarga dan masyarakat..
dari mata turunnya ke hati... mata yang diharapkan sebagai organ ciptaan Ilahi untuk mengeluarkan air mata sebagai tanda takutkan Ilahi telah disilap guna sewenang2nya untuk terus bermaksiat kepada Allah SWT...
Perlakuan dosa dan maksiat yang berterusan menandakan di dalam diri kita ini masih kotor dan berkarat.. menandakan juga Allah SWT tidak menerima dan mengabulkan doa keampunan dalam ramadhan kita yanglepas...
Ya Allah.. kurniakanlah diriku sebagai seorang insan yang dapat melihat segala kejadian alam dengan mata hati yang bersih....
Ayuhlah wahai sahabat2ku, bangkitlah.. sibukkan diri kita dengan aktiviti DnT setiap hari.. jika tidak.. jahiliyyah akan menyelinap diruang2 masa lapang kita.. lantas penyesalan demi penyesalan yang tidak berkesudahan bakal kita terima di akhirat...
Masa muda kita tidak panjang.. tika usia emas.. sudah banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan...