Adab-adab sunnah ramadhan

On: Thursday, 20 August 2009

Adab-adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang kelebihan puasa.

Sedang di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ


“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”. Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”.(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).


Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadith:


1: Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`d; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ


“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w. baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata al-Tibi (meninggal 743H): “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli bid`ah yang berpendapat wajib melewatkannya. (al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).


2: Berbuka Puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ


Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).


Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak.


Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).


Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi s.a.w.


3: Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air; sekiranya makanan belum dihidangkan.


Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلَاةَ الْمَغْرِبِ وَلَا تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ


“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda s.a.w. bersabda: \
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ وَلَا يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ


“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَلَا يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الْإِمَامِ


“Bahawa Ibn `Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam”.


Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).


Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk. (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).


Malangnya ada di kalangan yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.


Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah. (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).


4: Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepat dengan firman Allah S.W.T.
(maksudnya) “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31) .


Di dalam hadith baginda s.a.w. menyebut:
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ


“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).


Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksima.

Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.


5: Berdo`a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).


Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota” (Faidh al-Qadir, 2/500).


Di sana ada do`a yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ


“Adalah RasululLah s.a.w apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah”. (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)


Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya hendaklah merebut peluang do`a yang makbul ketika dia berbuka.


Keenam: Berdo`a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ


“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya sahih 5/158).


Maka berdo`alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
(sumber drmaza.com)

Selamat datang Ramadhan

On: Tuesday, 11 August 2009

Selamat datang Ramadhan. Engkau adalah tamu kami yang agung. Engkau datang membawa berkah bagi kami. Kami bahagia dengan kedatanganmu. Kami bangga kerana dengan kehadiranmu rohani kami menjadi tersirami. Dalam dirimu tersimpan kesempatan tak terhingga untuk kami tebus kekurangan kami masa lalu. Kami menyambutmu dengan spirit iman, karena Allah memanggil kami dengan panggilan yaa ayyuhalladziina aamanuu.

Selamat datang Ramadhan.

Kami ingin memaksimakan segala kemampuan kami dalam mengisi hari-harimu.

Kami ingin membiasakan bangun sebelum fajar untuk solat malam dan sahur, kerana itu adalah saat-saat yang paling mustajab.

Kami ingin selalu berjamaah di masjid, karena itu adalah sunah Nabi.

Kami ingin mengendalikan nafsu dengan puasa karena itu jalan ke surga.

Kami ingin senantiasa membaca Al Qur’an, kerana itu jalan taqarrub kepada Allah.

Kami akan memperbanyak sedekah, kerana itu akhlak mulia.

Kami akan bersungguh-sungguh mengisi detik demi detik dengan dzikir kapada Allah, kerana itu jalan rohani menuju ampunan dosa.

Ya, Allah berkahilah kami selama Ramadhan dan selama hidup kami. Jadikan semangat Ramadhan sebagai spirit iman dalam diri kami. Jadikan kami sebagai hamba-Mu tidak hanya di bulan Ramadhan, tetapi sepanjang hayat kami. Tanamkan dalam diri kami cinta masjid seperti kebiasaan kami ke masjid saat Ramadhan. Jauhkan kami dari dosa-dosa seperti kau jauhkan kami darinya pada waktu Ramadhan. Istiqamahkan kami di atas kesucian jiwa dan kelembutan hati, seperti kami rasakan selama Ramadhan. Amiin.

SIMPTON DAN CARA MENCEGAH SELSEMA BABI (H1N1)

On: Sunday, 9 August 2009



Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


VIRUS H1N1

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

Maklumat terkini 29 Jun 2009 dari WHO, terdapat 112 kes dicatatkan di Malaysia.

Peta penularan H1N1 seluruh dunia - Klik sini untuk lihat peta

Rahib di Malam Hari, dan Penunggang Kuda di Siang Hari

On: Tuesday, 28 July 2009

Sebuah bekal hari ini yang sarat tuntutan,
Untuk masa depan yang penuh cahaya�
Wahai para pemuda,
Wahai mereka yang memiliki cita-cita luhur
Untuk membangun kehidupan�
Wahai kalian yang rindu akan kemenangan agama Allah�
Wahai semua yang turun ke medan,
Demi mempersembahkan nyawa di hadapan Tuhannya�
Disinilah petunjuk itu, disinilah bimbingan�
Disinilah hikmah itu, disinilah kebenaran�
Di sini kalian dapati keharuman pengorbanan dan kenikmatan jihad�
Bersegeralah bergabung dengan parade bisu�
Untuk bekerja di bawah panji penghulu para nabi�
Untuk menyatu dalam pasukan
�Sehingga tak ada lagi fitnah di muka bumi dan agama seluruhnya milik Allah�

Allah menjelaskan tentang hubungan antara kewajiban-kewajiban individu �semacam shalat dan puasa- dengan kewajiban-kewajiban sosial; bahwa kewajiban pertama adalah sarana menuju terlaksananya kewajiban kedua, dan bahwa aqidah yang benar adalah dasar bagi keduanya. Maka seseorang tidak dibenarkan meninggalkan kewajiban-kewajiban individu dengan alasan sibuk melaksanakan kewajiban sosial. Juga sebaliknya, seseorang tidak dibenarkan meninggalkan kewajiban-kewajiban sosial dengan alasan sibuk melaksanakan kewajiban individu, sibuk beribadah dan berhubungan dengan Allah swt. Sungguh sebuah perkataan yang seimbang dan sempurna.

�Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya.� (Al-Mukminun: 115-116)

Sebagai wujud kepahaman terhadap makna yang diisyaratkan oleh ayat di atas, para sahabat Rasulullah saw. -sebagai generasi pilihan Allah- tampil dengan julukan, �Layaknya Rahib-rahib di malam hari, dan penunggang kuda di siang hari.� Ketika malam tiba, mereka berdiri di mihrab hingga larut dalam kekhusukan shalatnya, menggeleng-gelengkan kepala dan menangis tersedu oleh dzikir panjang, seraya bergumam, �Wahai dunia, bukan aku orang yang bisa kau tipu.� Namun, begitu fajar menyingsing dan hari beranjak siang, gaung jihad menggema menyeru para mujahidin, niscaya kau liat mereka segera melompat ke atas punggung-punggung kudanya sembari meneriakkan syi�ar-syi�ar kebenaran dengan lantang, sehingga menembus segenap penjuru buana.

Demi Allah, apakah gerangan di balik keserasian yang ajaib, keharmonisan yang sempurna, perpaduan yang spektakuler antara urusan dunia berikut segala pernik-perniknya dengan urusan akhirat dan segenap spiritualitasnya ini? Sebagai jawabannya adalah; itulah Islam, yang senantiasa sanggup memadukan semua yang baik dari segala sesuatu.

Wahai muslimin, untuk itulah -setelah Rasulullah saw. kembali keharibaan Allah- kaum muslimin segera bertebaran di segenap penjuru bumi. Al Qur�an ada dalam dada mereka, rumah-rumah mereka ibarat pelana-pelana kuda, dan pedang-pedang mereka senantiasa terhunus dalam genggaman. Dari lisan mereka mengalir deras hujjah-hujjah yang terang, menyeru manusia kepada salah satu dari tiga pilihan; Islam, jizyah, atau perang. Siapa yang memilih Islam, maka ia akan menjadi saudara kaum muslimin dengan menyandang hak dan kewajiban yang sama. Siapa yang membayar jizyah �sementara ia tetap dalam kekafirannya- maka ia akan berada di bawah lindungan dan perjanjian dengan kaum muslimin, di mana kaum muslimin akan memenuhi janji dan melaksanakan semua kewajibannya. Tapi bila ia tetap enggan, maka kaum muslimin akan memerangi mereka sampai Allah swt. Berkenan memenangkan hamba-hamba-Nya. �Dan Allah tiada menginginkan kecuali menyempurnakan cahaya (agama)-Nya.�

Mereka melakukan itu bukan karena ambisi kekuasaan, bukan pula karena semangat ekspansionis. Semua orang tahu kezuhudan mereka terhadap kedudukan dan popularitas. Agama Islam telah mengenyahkan semua kecenderungan menuju ke sana, di mana sekelompok orang menikmati hidup dengan cara mengorbankan sebagian besar manusia yang lain. Dalam Islam, seorang Khalifah tidak berbeda sama sekali dengan rakyat pada umumnya. Ia mendapatkan gaji dari Baitul Mal sama seperti gaji yang diberikan kepada orang lain. Ia sama sekali tidak mendapat lebih banyak dari mereka. Tidak ada yang membedakannya dengan rakyat kecuali wibawa dan kehormatan Iman yang dianugerahkan oleh Allah swt. kepadanya.

Mereka tidak melakukan itu karena harta. Mereka bahkan sudah merasa cukup dengan sekerat roti sekedar untuk menusir lapar, dan seteguk air untuk menghilangkan dahaga. Puasa mereka adalah sebentuk upaya pendekatan kepada Allah. Mereka lebih akrab dengan rasa lapar daripada kekenyangan. Pakaian yang bersih dan sekedar dapat menutup aurat sudah cukup bagi mereka. Kitab suci di tangan mereka setiap saat senantiasa memberi ingat dari keterjerumusan sebagaimana yang dialami oleh orang-orang kafir, �Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.� (QS. Muhammad: 12).

Sementara itu Nabi mereka juga mengingatkan hal yang sama, �Celakalah budak dinar. Celakalah budak dirham. Celakalah budak selimut.�

Jadi, mereka keluar dari rumah-rumah mereka bukan karena ambisi kekuasaan, bukan juga untuk memburu harta dan popularitas, apalagi karena nafsu imperialisme. Mereka keluar semata-mata untuk menunaikan misi suci sebagaimana yang telah diwasiatkan nabi mereka, Muhamamd saw. Sebuah amanat yang mengharuskan mereka berjihad di jalan Allah swt., �Supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah.� (QS. Al Anfal: 39).


Sumber: Risalah Pergerakan (Jilid 1)

19 Tips Khusus untuk Dakwah Fardhiyah

On: Monday, 27 July 2009



Hudzaifah.org - Dalam berdakwah fardhiyah, ada beberapa tips yang bisa kita ikuti agar dapat memperoleh hasil yang optimal. Dalam artikel ini, dipaparkan 19 tips khusus untuk dakwah fardhiyah.

1. Giat dan sungguh-sunggguhlah dalam beramal, serta melakukan pengecekan dan evaluasi secara rutin agar dapat meneruskan perjalanan dakwah dengan tenang dan sukses.

2. Mereka yang menjalankan Dakwah Fardiyah sebaiknya diarahkan dan diberi bimbingan dalam hal metode, pengertian-pengertian, dan urutan tahapan-tahapan dakwah.

3. Membantu aktivitas dakwah mad’u , mungkin dapat diberikan ketika acara liqa’at ‘pertemuan-pertemuan’ dengan penjelasan materi, keterangan, dan penegasan mengenai nilai-nilai tertentu.

4. Tujuh tahapan di atas harus terwujud dan terbentuk dalam jiwa mad’u secara bertahap. Menyalahi urutan tahapan berdakwah dapat menyebabkan penolakan mad’u terhadap pesan-pesan dakwah. Perlu diperhatikan bahwa setiap tahapan yang dilalui bergantung pada tahapan sebelumnya dan sejauh mana penerimaan terhadapnya. Contohnya, bila seorang mad’u belum punya kesadaran tentang kewajiban memikul tanggung jawab sosial dan memahami betapa sebuah jamaah itu diperlukan sebagai wahana menjalankan tanggung jawab tersebut, maka ia tidak mungkin bersedia menerima keberadaan sebuah jamaah, apalagi bergabung bersamanya.

5. Jangan sampai hanya karena ingin mad’u sampai pada tahapan yang lebih tinggi, menjadikan bertindak gegabah dan tergesa-gesa meningkatkannya, padahal ia belum mempunyai keyakinan dan penerimaan yang sempurna terhadap setiap tahapan yang dilalui. Hal ini dilakukan sebagai langkah preventif terhadap kemungkinan apabila mad’u berbalik arah karena keragu-raguan dalam hatinya.

6. Sebaiknya dialog dan perbincangan seputar tujuh tahapan tersebut dilakukan dengan intensif, begitu juga pembicaraan mengenai berbagai dalil dan berbagai faktor yang dapat membuat mad’u puas. Hal ini sangat memudahkan seseorang yang akan menjalankan Dakwah Fardiyah.

7. Jalan dakwah harus benar-benar “bersih”, bersih seluruh prasyaratnya dan persangkaan negatif, bersih seluruh amal islaminya dari syubhat, bersih sarana dan prasarananya dari najis, dan tentunya juga bersih para pengembannya dari maksiyat. Sehingga tidak ada lagi kesan keragu-raguan dalam jiwa mad’u.

8. Seluruh kebaikan dan keberuntungan yang diraih oleh orang yang menerima dakwah harus ditonjolkan, begitu juga bahaya besar yang mengancam orang yang menolak seruannya. Metode targhib dan tarhib ‘membangkitkan rasa harap pada pahala dan rasa takut terhadap siksa’ mungkin akan sangat berkesan bagi mad’u.

9. Sesama aktivis dakwah seharusnya bahu-membahu, nasihat-menasihati, dan bersama-sama memikirkan masalah dan solusi terhadap problematika di jalan dakwah. Misalanya, dengan saling membagi pengalaman di medan dakwah.

10. Selama dalam tahapan-tahapan tersebut, perlu dibekali dengan buku-buku, risalah-risalah, majalah-majalah, atau apa saja yang dapat diberikan kepada mad’u. disamping itu, perlu juga memberi beberapa pertanyaan kepada mad’u sehingga perkara yang kurang jelas dapat diketahui dan diberi penjelasannya.

11. Seorang mad’u yang sudah siap dan telah mampu menjalankan dakwah fardiyah, sepatutnya dianjurkan untuk segera melakukannya sambil tetap diberi bimbingan dan diikuti perkembangannya.

12. Barakah, taufik, dan hasil dalam dakwah dapat diperoleh sesuai dengan kadar keikhlasan, kesungguhan, sikap lapang dada, dan kesabaran seorang da’i.

13. Dakwah Fardiyah dapat dijalankan dalam segala situasi, berbeda dengan Dakwah Ammah ‘dakwah dengan pendekatan publik’ seperti: ceramah, pengajian, diskusi, dll. Yang kadang-kadang dihambat dan dirintangi.

14. Keistimewaan Dakwah Fardiyah adalah dapat menciptakan hubungan dan ikatan langsung dengan mad’u , sementara Dakwah Ammah tidak demikian.

15. Dawkwah Fardiyah dapat mengkayakan pelakunya dengan berbagai pengalaman dan sebagai latihan berdakwah di jalan Allah yang merupakan salah satu kewajiban utama.

16. Dakwah Fardiyah mendorong pelakunya agar produktif dan giat membekali diri engan bekal-bekal dakwah agar dapat menunaikan tanggung jawab dengan sebaik-baiknya.

17. Dakwah Fardiyah mendorong pelakunya agar dapat menjadi qudwah ‘teladan’ bagi orang lain.

18. Dakwah Fardiyah member peluang langsung kepada mad’u untuk meminta penjelasan tentang berbagai masalah yang dihadapi dan sekaligus dapat menghilangkan ganjaran dalam hatinya, sehingga pembentukan pribadinya berlangsung dalam keadaan bersih.

19. Dengan menggunkan perhitungan matematis sederhana, mungkin kita dapat mendapati hasil dari Dakwah Fardiyah menjadi berlipat ganda dan hanya dalam masa yang singkat.

kebersamaan..

On: Friday, 24 July 2009



KEBERSAMAAN.. satu ungkapan yang indah didengar tetapi amat sukar untuk diamalkan dalam kehidupan seorang yang pernah mendapat sentuhan tarbiyah. KEBERSAMAAN.. menjadi asbab hidayah Ilahi terus menyinari kehidupan hamba. KEBERSAMAAN.. menjadi asas kepada keistiqamahan berterusan dek nasihat-menasihati dan biah solehah yang mampu menjana keimanan. Dengan hanya melihat wajah-wajah mereka yang soleh sahaja pun sudah memadai untuk mengembalikan seri keimanan dalam diri hamba.

Begitulah pri pentingnya KEBERSAMAAN. Yakni KEBERSAMAAN kepada sesiapa sahaja.. dimana sahaja.. yang mempunyai keinginan dan hasrat yang sama iaitu roh baru kebangkitan ISLAM mengairi setiap darah-darah syabab yang bakal mengambil alih tugas dan kerja-kerja islami mujadid Islam yang telah uzur.

KEBERSAMAAN boleh dikatakan boleh menjadi anak kunci untuk melihat gerbang keindahan yang enak mewangi dipenuhi dengan keindahan di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT.

Marilah sahabat-sahabat sekalian... sama-sama kita terus berada dalam KEBERSAMAAN. Elakkan berseorangan dan terasing.. Kerana ternakan yang terasing dari gerombolannya bakal diterkam oleh pemangsa-pemangsa yang mengintai peluang sejak sekian lama...

-bromujaheed-

Hamba..

On: Wednesday, 15 July 2009

Masjid Kapit


Bagaimanakah seharusnya penerusan tarbiyah dapat dipastikan terus terbina dalam diri hamba dan keluarga...? Tika hamba yang masih terkapai-kapai dalam medan tarbiyah kemudian ditambahi pula satu pengijazahan oleh Allah SWT iaitu "mitsaqan ghaliza" (perjanjian yang kuat dan sangat berat). Dimanakah harus hamba memulakan langkahnya..mengemudi jentera yang tidak dapat dipastikan berapa baki bekalan minyaknya untuk meneruskan perjalanan yang lebih panjang, lebih mencabar dan lebih dramatik ini.

Berada dalam bi'ah solehah, suasana dakwah & tarbiyah, suasana kerja dakwah bertimbun, suasana di IPT, adalah sama sekali tidak dapat disamakan dengan suasana gersang di lembah minoriti. Tika kerja-kerja dakwah bersusun di hadapan, pelbagai ungkapan gencarkan dakwah didengari dan dilontari. Namun suasana di lembah tidak sama sekali seperti apa yang dirasakan. Menyambungkan rantai-rantai dakwah yang telah ditancapkan batu asasnya adalah tidak sama dengan pembina/pemula binaan batu asas. Apalagi di saat kekurangan tenaga-tenaga yang mempunyai kehendak/kefahaman yang sama.

Nah....

"Jika.... kalau...tapi...bla..bla.." dan alasan-alasan picisan ini sebenarnya terhasil daripada bisikan syaitan yang cuba merenggut keimanan hamba. Fahamilah..mengertilah.. bahawa tarbiyah..dakwah..iman..amal..kekuatan untuk beramal.... semuanya adalah penyusunan ALlah SWT... setinggi dan sejauh manapun jarak hamba..menggunung manapun masalah yang dihadapi hamba.... diri hamba perlu kembali kepada Allah SWT.. perlu merujuk permasalahan kepada ALlah SWT kerana Allah lah yang memegang dunia dan seluruh hati manusia.

Pergantungan pada Allah SWT, takut pada Allah, harap pada Allah SWT, kerendahan pada Allah SWT, tangisan munajat pada Allah SWT, hubungan hati dengan Allah SWT.. merupakan inti untuk menghadapi pelbagai mehnah dan rencam kehidupan yang bakal dilalui... Menenggelamkan segala macam alasan-alasan yang bermain di benak hamba.