Kezaliman Pengganas Zionis

On: Wednesday, 21 January 2009




Alhamdulillah. Pada 31 Disember 2008, bertempat di Masjid Putrajaya, HALUAN MALAYSIA telah menganjurkan Ceramah yang bertajuk "Kezaliman Pengganas Zionis" disampaikan oleh Akhi Azman Shamsudin.

Ana cuba membuat ringkasan ceramah tersebut:-

- Hendaklah kamu sentiasa bersama-sama berjuang dengan golongan yang menegakkan kebenaran. Dalam satu hadis riwayat bukhari yang menyatakan bahawa golongan yang menegakkan kebenaran tersebut berada di baitul maqdis dan sekitarnya. Perjuangan yang berterusan...

- Persoalannya, kita yang tinggal jauh drp palestin ini.. apa sumbangan kita??

- Satu hadith, Tidak akan berlaku pada hari kiamat sehinggalah orang islam berjaya membunuh org yahudi.. sehingga org yahudi bersembunyi di belakang pokok, maka pokok akan berkata, wahai muslim, inilah orang yahudi berada dibelakangku maka bunuhlah mereka..

- Yahudi berpegang kepada ajaran taurat yang ditokok tambah bahawa umat mereka adalah umat terpilih dan menjadi halal darah umat selain yahudi.

- Termaktub dalam taurat yang ditokok tambah menyatakan bahawa "Allah tidak adil"

- menghalalkan segala bentuk kezaliman dan pembunuhan terutamanya hasil Konferens Yahudi (Protokol Zionis) pada tahun 1897.

- Cita-cita zionis adalah untuk menguasai dan memimpin dunia.

- Kitab talmud lagi kejam, petikan pertanyaan kepada tuhan "Kenapa KAMU menciptakan makhluk selain umat terpilih(yahudi), AKU menciptakan mereka supaya kamu boleh naik belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan oleh mereka"

- Kitab talmud "orang-orang yahudi boleh membunuh dan merompak bangsa selain yahudi"

- petikan 57a: " dihalalkan siapa-siapa yang mencuri dikalangan bangsa selain yahudi"

- Petikan talmud 22e "orang dewasa selain yahudi adalah sebahagian drp binatang", "Orang-orang selain yahudi lebih suka berzina dengan binatang", "Kanak-kanak selain yahudi adalah sepenuhnya binatang"

- Ada juga dikalangan yahudi yang mengutuk usaha zionis melakukan kezaliman.

Ada 9 perkara sumbangan yang boleh kita lakukan di Malaysia:-

1. Kita semua wajib faham dan peka isu palestin
- kena kenal yahudi, macamana boleh berlaku hal di palestin
- semua perkara yang besar didunia ada kaitan dengan zionis (perang dunia 1, perang dunia 2, dan perang dunia 3 yang bakal berlaku)
- Semua kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia dan dikatakan semua pemimpin amerika terlibat dengan freemason kecuali Ibrahim Lincoln
- Begitu juga melalui kajian beliau bahawa Barrack Obama juga terlibat dengan freemason

2. Sumbangan kewangan
- bantuan kewangan amat diperlukan
- jangan bagi sumbangan kewangan melalui media massa(formal) kerana kebanyakkannya akan dibekukan oleh bank kerana disekat oleh israel. Perlu melalui jalan belakang melalui NGO-NGO islam.
- berjimat-cermat dan menghayati keadaan masyarakat palestin yang amat tenat sekarang ini.

3. Bantuan perubatan dan sukarelawan

4. Menyeru semua pertubuhan politik dan seluruh pertubuhan NGO-NGO Muslim dan Non-muslim bersatu dalam membantu saudara kita yang teraniaya.

5. Sesiapa yang berbakat dalam penulisan, sebarkanlah karya-karya anda dalam pelbagai bentuk kreativiti, dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami termasuk lukisan kartun, animasi, pamplet dan sebagainya.

6. Boikot barangan ISRAEL semaksimum mungkin.

7. Sampaikan dan sebarluaskan sebaran-sebaran am isu palestin kepada rakan-rakan, sanak saudara, media massa, internet.

8. Doa dan munajat.

9. Hindarilah kehidupan bermewah-mewahan kerana bermewah akan menyebabkan hati kita buta dan sukar untuk tersentuh dengan keperitan saudara kita yang berada di palestin.

Ana mengharapkan sesiapa yang ada sebarang bentuk bahan bacan atau sebaran am yang sesuai agar attach ke forum diskusi ini untuk disebarluaskan.

Wassalam..

m.u.j.a.h.i.d

Secarik calar terukir,
Menyerlah titisan darah,
Seorang mujahid sejati,
Di lautan perjuangan,
Arus..,
Mehnah..,
Gelombang fitnah..,
Badai Syaitan Taufan Nafsu..,
Padu menderu memesong arah..,
Perjuangan..,
Namun mujahid,
Tetap cekal tabah,
Meneruskan,
Perjuangan..,
Menuju pelabuhan..,
Pulau impian..,
Daulah keimanan..
Mahligai ketaqwaan..,
Memang sunnah berjuang,
Menempuh suka dan duka,
Namun hati mujahid tetap tabah..
Demi mengejar cita-cita nan agung..

nukilan: mujaheedah solehah

Salam ma'al hijrah

On: Sunday, 28 December 2008


Selamat menyambut maal hijrah ke 1430. Semoga kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha ESA.

kanak-kanak riang


Athirah, Hakim, Fathi

Konklusi kehidupan..

On: Monday, 22 December 2008

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

tangisan umat...

On: Saturday, 20 December 2008

Sememangnya... jika kita melihat manusia hari ini dengan kaca mata iman.. pasti akan berderai air mata membasahi pipi2 insan yang dekat dengan Allah... air mata yang berderai itu adalah lebih mahal daripada seluruh harta kekayaan yang ada di atas muka bumi ini... airmata yang melambangkan masih ada cebisan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya yang setiap hari bertarung dengan suasana kemungkaran dan panggilan syahwat di sekelilingnya...

Sememangnya... air mataku akan berderai... tika saat.. aku melihat..manusia yang diharapkan dapat dan ingin membawa perubahan dalam kebobrokan masyarakat hari ini turut tenggelam dalam noda dosa dan maksiat.. hati dan jiwaku bergetar melihatnya dengan rintihan agar umat ini kembali menyedari tugas dan hakikat penciptaan mereka...

Hati yang kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa diri terperosok ke sebuah lembah yang dipenuhi najis2 tanpa disedarinya..Hati setiap hari dinodai dengan titik2 hitam sehingga apa yang kelihatan hanyalah seketul arang yang apabila disentuh maka kotoran hitam itu terlekat di tangan dan mungkin juga ke seluruh badan.

Kegersangan keimanan pada Ilahi merupakan faktor utama umat kini makin jauh dari Allah.. Umat kini sudah tidak bermaya akibat hati2 yang kehitaman ini tidak diubat dengan zikrullah, tilawatul quran...dan deraian air mata takutkan kepada pencipta alam maya...

Kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa seseorang insan sangat berat untuk melakukan amal2 saleh dan kebajikan.. malahan hati2 yang kegersangan iman ini akan membuat onar dalam kehidupan bekerluarga dan masyarakat..

dari mata turunnya ke hati... mata yang diharapkan sebagai organ ciptaan Ilahi untuk mengeluarkan air mata sebagai tanda takutkan Ilahi telah disilap guna sewenang2nya untuk terus bermaksiat kepada Allah SWT...

Perlakuan dosa dan maksiat yang berterusan menandakan di dalam diri kita ini masih kotor dan berkarat.. menandakan juga Allah SWT tidak menerima dan mengabulkan doa keampunan dalam ramadhan kita yanglepas...

Ya Allah.. kurniakanlah diriku sebagai seorang insan yang dapat melihat segala kejadian alam dengan mata hati yang bersih....

Ayuhlah wahai sahabat2ku, bangkitlah.. sibukkan diri kita dengan aktiviti DnT setiap hari.. jika tidak.. jahiliyyah akan menyelinap diruang2 masa lapang kita.. lantas penyesalan demi penyesalan yang tidak berkesudahan bakal kita terima di akhirat...

Masa muda kita tidak panjang.. tika usia emas.. sudah banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan...

Internet dan impaknya kepada UMMAH

On: Thursday, 6 November 2008

Bismillahirahmanirahim,
Puja-puji hanyasanya milik Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW tercinta dan para sahabat r.anhum.

Sahabat-sahabat sekalian, kini kita berada dalam era baru ketamadunan manusia iaitu ketamadunan MAYA yang terus berkembang dan berkembang mengarus, melaju melewati ruang-ruang masa.

Fakta menunjukkan pengguna internet seluruh dunia menjangkau sehingga 1.35 billion sehingga tahun 2007. Dunia blog, youtube, friendster, facebook bangkit menguasai dunia informasi tanpa sempadan sekaligus memberi Impak Maksima kepada Ummah pada hari ini. Kita dapat lihat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan daie-daie ICT yang mengambil langkah bijak membangunkan web dan blog yang mampu membangkitkan hati-hati yang terlena. Para ulama' juga tidak ketinggalan, menjadikan ruang MAYA ini medan mereka untuk mendekati ummah agar ummah terdidik dengan Islam sekaligus melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu. Dunia politik juga turut menunjukkan impak maksima daripada kemudahan ICT ini untuk menyebarkan berita-berita benar daripada kepalsuan berita-berita televisyen milik manusia berkepentingan. Di samping itu, pengguna juga dapat membeli pelbagai jenis barangan di supermarket maya di internet. Ianya memberikan ruang yang lebih luas bagi individu untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan jitu kerana informasi di hujung jari anda.

Sahabat-sahabat sekalian, namun dibalik tirai kemudahan dan keindahahan ICT ini, ada kembimbangan yang jelas kelihatan dari riak wajah ummah pada hari ini. Di Malaysia, dasar kerajaan kita yang membuka ruang seluas-luasnya bagi perkembangan ICT ini amat membimbangkan. Pembangunan demi pembangunan ICT dibangunluaskan tanpa mengambilkira ciri-ciri keselamatan yang perlu dipasang agar spesifikasi alat yang dipasang tersebut selamat untuk digunakan. Kini boleh dikatakan di setiap institusi kerajaan dan swasta dipasang dengan alat yang tidak dipasang spesifikasi keselamatan yang meyakinkan tapi diwar-warkan dan dihebohkan di seluruh planet kebaikannya dan usaha membangunkannya adalah amat membanggakan bahkan digelar negara maju dan moden.

Kini, teknologi wireless ibarat cendawan tumbuh dipasang di institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah-sekolah dan juga rumah persendirian. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, kereta yang dipandu tanpa ciri-ciri keselamatan yang meyakinkan, hanya bakal menunggu masa tamat tempoh hayat pemiliknya.

Laporan daripada rakan-rakan ana yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta sebagai maintanence IT menunjukkan gejala yang amat membimbangkan di kalangan pekerja-pekerjanya. Daripada laman-laman yang banyak dilawati oleh pekerja-pekerja tersebut adalah laman-laman yang menggugah keimanan dan merosakkan akal. Bayangkan jika fenomenana ini terus menerus berlarutan dan berjangkit kepada generasi demi generasi, apa yang akan berlaku kepada Ummah ini, apa yang akan berlaku kepada generasi harapan kita, apa yang akan berlaku kepada daie-daie ilallah yang juga merupakan pengguna alat yang tiada ciri-ciri keselamatan ini yang tidak terlepas daripada bisikan syaitan dengan keimanan yang ampuh. Budaya berhibur dan santai dengan menghabiskan banyak masa, pendek kata, membesar di hadapan PC bakal melahirkan generasi yang kaku fizikal dan akalnya.

http://www.krieyz.com/iprotectyou.html

wassalam
Mujaheedsoleh
k. trg